Cari:
Xi Mahu Pertahanan Dimodenkan
2017-10-27 12:40:45 CRI Cetak

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Xi Jinping mahu langkah-langkah konkrit diambil untuk membangunkan tentera yang kuat seiring sosialisme bercirikan China memasuki era baharu.

Dalam pertemuan dengan pegawai-pegawai kanan tentera di Beijing semalam, Xi menggesa tentera ingat akan niat asal dan misi yang digalas, mengkaji dan melaksanakan sepenuhnya isyarat Kongres Kebangsaan ke-19 PKC, serta menggalakkan pemodenan pertahanan negara.

Katanya, usaha sama perlu ditingkatkan untuk membangunkan tentera China sebagai pasukan bertaraf dunia menjelang pertengahan abad ini, dan merealisasaikan impian China membangkitkan semula nusa dan bangsa.

Xi, yang juga Pengerusi Suruhanjaya Tentera Pusat (CMC), memuji kejayaan kongres kebangsaan ke-19, sambil menyatakan mekanisasi tentera akan direalisasikan pada asasnya menjelang 2020, dengan pembangunan teknologi maklumat mencapai kemajuan besar.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China