Cari:
ASEAN Tingkatkan Kerjasama Pertahanan
2017-10-27 14:45:32 CRI Cetak

Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) ke-11 dan ADMM dengan rakan dialog (ADMM-Plus) ke-4 yang diadakan di Clark, Filipina pada 23 hingga 24 Oktober lalu, memberi tumpuan kepada usaha memerangi keganasan.

Pakar-pakar berharap ADMM dan ADMM-Plus yang diadakan dengan latar belakang ancaman keganasan semakin meningkat, dijadikan wahana untuk mengukuhkan kerjasama sesama anggotanya serta dengan negara lain demi menjaga kedamaian dan kestabilan.

Pakar dari Filipina berpendapat bahawa teknologi maklumat telah memudahkan pengganas mengumpul dana. Mereka juga pandai mengeksploitasi media sosial untuk membina jaringan dengan kumpulan lain.

Kempen antikeganasan di Filipina menjadi tumpuan ASEAN bahkan seluruh Asia Pasifik.

Berdepan risiko penyebaran keganasan, ASEAN bukan sahaja perlu meningkatkan sinergi sesama anggotanya, malah usaha sama dengan negara-negara di luar rantau, khususnya lapan rakan dialog.

Beberapa negara ASEAN telah pun memulakan kerjasama, seperti rondaan bersama di laut dan udara antara Filipina, Malaysia dan Indonesia, bagi meningkatkan kemampuan membanteras keganasan dan jenayah rentas sempadan.

ASEAN yang menyedari peri pentingnya meningkatkan kerjasama dengan rakan dialog, melihat ADMM-Plus sebagai platform dialog penting.

Para menteri memutuskan kekerapan mesyuarat tersebut ditingkatkan kepada setiap tahun berbanding dua hingga tiga tahun sekali dulu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China