Cari:
Sektor Perindustrian China Tunjuk Prestasi Baik
2017-10-28 15:57:38 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Sektor perindustrian China menyaksikan pertumbuhan yang lebih pesat daripada jangkaan sepanjang tiga suku pertama tahun ini, khususnya industri pembuatan dan keefisienan perusahaan yang terus meningkat.

Nilai tambah sektor pembuatan mencatat peningkatan sebanyak 7.3%, 0.6% lebih tinggi daripada pertumbuhan sektor perindustrian pada keseluruhannya.

Dalam pada itu, nilai tambah sektor pengindustrian berskala besar meningkat pada kadar 6.7%, 0.7% lebih tinggi berbanding tempoh yang sama tahun lepas, sekali gus mencatat pertumbuhan paling pesat dalam tempoh tiga tahun lalu.

Dalam tempoh sama, sektor telekomunikasi di China juga menunjukkan prestasi baik. Perniagaan dalam sektor itu meningkat 63%, manakala pendapatan yang diperoleh perkhidmatan melalui Internet dan perkhidmatan lain yang berkaitan naik 21.8%.  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China