Cari:
Biro Politik Jawatankuasa Pusat PKC Panggil Mesyuarat
2017-10-28 15:58:34 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Biro Politik Jawatankuasa Pusat ke-19 Parti Komunis China (PKC) semalam mengadakan mesyuarat untuk mengkaji isyarat Kongres Kebangsaan ke-19 dan membahaskan peraturan mengenai kepimpinan PKC.

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, Xi Jinping.

Mesyuarat itu menekankan bahawa kepimpinan secara terpusat oleh Jawatankuasa Pusat merupakan prinsip paling penting bagi kepimpinan PKC, dan mesti dipertahankan. Hal ini berkaitan rapat dengan nasib parti dan negara serta kepentingan asas rakyat.

Di bawah pimpinan PKC yang berteraskan Xi Jinping, Biro Politik Jawatankuasa Pusat perlu menyatukan seluruh anggota parti dan rakyat demi merealisasikan impian China membangkitkan semula nusa dan bangsa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China