Cari:
Dialog Keselamatan China-Jepun ke-15
2017-10-29 14:38:09 CRI Cetak

Dialog Keselamatan China-Jepun ke-15 diadakan di Tokyo Jumaat lalu, dipengerusikan bersama oleh Penolong Menteri Luar China, Kong Xuanyou dan Timbalan Menteri Luar Jepun, Takeo Akiba.

Kedua-dua pihak bertukar-tukar pandangan mengenai situasi keselamatan serantau dan dunia serta dasar keselamatan dan kerjasama pertahanan kedua-dua negara.

Pihak China menegaskan semula komitmen untuk mengekalkan jalan pembangunan secara damai, menjunjung konsep keselamatan global yang berkongsi, komprehensif, mengutamakan kerjasama, dan berterusan, serta sentiasa berperanan sebagai pembina dan penjaga kedamaian dan kestabilan dunia.

Pihak China juga menyampaikan keprihatian terhadap langkah-langkah Jepun dalam bidang ketenteraan dan keselamatan beberapa tahun kebelakangan ini, dan berharap Jepun mengekalkan pembangunan secara damai demi kedamaian dan kestabilan serantau.

Pihak Jepun memperkenalkan dasar pertahanan dan keselamatannya, dengan menyatakan Jepun akan mengekalkan pembangunan secara damai serta dasar pertahanan bersifat defensif dan Tiga Prinsip Tanpa Nuklear.

Kedua-dua pihak bersetuju terus mengadakan dialog, meningkatkan kawalan krisis dan memainkan peranan aktif bagi memperbaiki hubungan bilateral.

Dalam pertemuan dengan Menteri Luar Jepun, Kouno Tarou di luar dialog itu, Kong menyatakan bahawa interaksi positif kedua-dua negara meningkat kebelakangan ini, namun masih berhadapan dengan faktor-faktor yang rumit.

Kedua-dua pihak patut memanfaatkan peluang sempena ulang tahun ke-45 pemulihan hubungan diplomatik pada tahun ini dan ulang tahun ke-40 termeterainya Perjanjian Perdamaian dan Persabahatan China-Jepun pada tahun depan, untuk mengatasi gangguan dan memperkukuh momentum pembaikan hubungan bilateral.

Tarou mengutus tahniah atas Kongres Kebangsaan ke-19 Parti Komunis China (PKC) diadakan dengan jayanya, sambil menyatakan pihaknya mementingkan hubungan dengan China, dan bersedia bersama-sama China mendorong perkembangan hubungan bilateral.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China