Cari:
Sektor Perindustrian China Tunjuk Prestasi Positif
2017-10-30 11:16:32 CRI Cetak

Sektor perindustrian China menunjukkan pertumbuhan stabil sepanjang tiga suku pertama tahun ini, dengan prestasi yang lebih baik daripada dijangkakan.

Demikian maklum Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat (MIIT) China dalam satu sidang akhbar baru-baru ini.

MIIT optimistik bahawa sasaran pertumbuhan sektor perindustrian bagi tahun ini dapat dicapai.

Menurut pegawai MIIT, industri perkilangan elektronik dan perkilangan kelengkapan merupakan penjana utama sektor itu tahun ini, manakala telekomunikasi dan perkhidmatan internet turut mengekalkan pertumbuhan pesat.

Kata pegawai itu lagi, ujian operasi jaringan internet 5G dijangka akan selesai pada penghujung tahun ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China