Cari:
Lawatan Trump Diharap Intensifkan Kerjasama Bilateral China, AS
2017-10-31 15:12:35 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Lawatan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump ke Beijing atas undangan Presiden China, Xi Jinping yang bakal diadakan dalam masa terdekat ini diharap dapat mengintensifkan kerjasama bilateral yang saling menguntungkan antara China dengan AS, sekali gus memberi manfaat bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat kedua-dua negara dan mengekalkan kestabilan dan kemakmuran serantau dan dunia.

Demikian dinyatakan oleh Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying dalam sidang media di Beijing semalam.

Berhubung lawatan Trump ke Beijing kali ini, Hua berkata, hubungan China dan AS yang berkembang dengan sihat dan stabil adalah selaras dengan kepentingan asas rakyat kedua-dua negara.

China bersedia bekerjasama dengan AS untuk mengendalikan perbezaan pendapat berdasarkan persepakatan yang telah dicapai antara Presiden Xi dan Presiden Turmp agar mewujudkan perkembangan hubungan dua hala yang memuaskan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China