Cari:
Beijing Rancang Bina 200 Pusat Khidmat Warga Emas
2017-11-02 14:12:22 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Biro Hal Ehwal Awam Bandar Beijing telah mengeluarkan cadangan untuk menaiktarafkan perkhidmatan kebajikan sosial bagi warga emas di kawasan desa pada 1 November lalu.

Kini, jumlah warga emas di kawasan desa Beijing telah mencapai kira-kira 650 ribu orang, iaitu satu perlima jumlah keseluruhan warga emas di seluruh bandar raya ini.

Untuk membolehkan setiap kampung dan pekan dilengkapi pusat jagaan dan rawatan warga emas, kira-kira 200 pusat berkenaan dirancang dibina menjelang tahun 2020.

Selain itu, sebanyak 1,000 stesen perkhidmatan bagi warga emas akan dibina di Beijing, antaranya 458 buah di kawasan desa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China