Cari:
Tentera Syria Tawan Semula Kubu Daesh di Deir ez-Zor
2017-11-03 14:37:24 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Tentera Kerajaan Syria menawan semula kubu utama kumpulan militan Daesh di wilayah Deir er-Zor, timur Syria pada 2 November lalu.

Demikian didedahkan oleh pihak tentera Syria pada hari itu.

Menurut sumber tentera, ramai militan ditembak mati dan beberapa kereta berperisai serta bom kereta dimusnahkan dalam pertempuran untuk menawan semula kubu Daesh di blok jalan Hamidiyeh, bandar Deir er-Zor.

Operasi ini amat signifikan dari segi strategi kerana beberapa pusat arahan Daesh ditempatkan di blok jalan tersebut.

Namun begitu, tentera kerajaan Syria tidak berjaya menawan semula bandar itu secara menyeluruh berikutan beberapa daerah masih berada dalam kawalan Daesh pada ketika ini.

Kini, kawasan utama yang dikuasai oleh Daesh di Syria hanya tinggal bahagian selatan wilayah Deir er-Zor.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China