Cari:
China Hulurkan Bantuan Kemanusiaan kepada Syria
2017-11-03 14:59:13 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Misi bantuan yang dihantar oleh Persatuan Palang Merah China telah berjaya menyelesaikan program kemanusiaan ke Syria pada 2 November lalu.

Dalam tempoh program selama seminggu lalu, misi itu telah menghulurkan bantuan kemanusiaan, seperti menyediakan hospital bergerak dan vaksin kepada rakyat tempatan.

Inilah julung kalinya Palang Merah China menghantar misi bantuan ke negara itu.

Sun Shuopeng, ketua misi ini memaklumkan bahawa hospital bergerak multi fungsi yang diberi oleh Palang Merah China tersebut boleh menyediakan perkhidmatan kesihatan komprehensif, termasuk rawatan, pembedahan dan pemeriksaan kesihatan.

Ahmad Khlaifawi, Naib Menteri Kesihatan Syria berkata, inokulasi amat penting untuk melindungi nyawa rakyat jelata, khususnya kanak-kanak.

Beliau menyampaikan ucapan terima kasih atas bantuan yang dihulurkan oleh Palang Merah dan rakyat China kepada Syria yang telah sekian lama menderita akibat peperangan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China