Cari:
Tentera Syria Berjaya Tawan Semula Deir ez-Zor
2017-11-04 14:40:12 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Tentera Kerajaan Syria berjaya menawan semula kubu utama kumpulan militan Daesh di bandar Deir er-Zor, ibu kota wilayah Deir er-Zor, timur Syria pada 3 November lalu.

Demikian didedahkan oleh pihak tentera Syria ketika diwawancara oleh Agensi Berita Xinhua pada hari itu.

Menurut sumber tentera tersebut, Deir er-Zor telah dikuasai secara menyeluruh oleh tentera Syria selepas kubu terakhir Daesh di bandar ini ditawan semula.

Dalam operasi ketenteraan kali ini, tentera kerajaan menghapuskan ramai militan Daesh selain merampas senjata dan amunisi yang berjumlah besar.

Kini, tentera kerajaan sedang mengesan peranti peledak bom yang disembunyikan di blok-blok jalan bandar itu.

Selepas Deir er-Zor ditawan semula, bandar Albu Kamal yang terletak di kawasan sempadan antara Syria dengan Iraq menjadi kubu utama yang terakhir dikuasai Daesh di wilayah Deir er-Zor pada masa ini.

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China