Cari:
Deklarasi Shanghai Mengenai Kenderaan Pintar Yang Bersambung
2017-11-07 14:06:51 CRI Cetak

Deklarasi Shanghai mengenai kerjasama pembangunan kenderaan pintar yang saling hubung telah dikeluarkan pada Persidangan Ekosistem Kenderaan Berautonomi Sedunia 2017 yang diadakan di Shanghai semalam.

Turut hadir termasuk wakil-wakil dari Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat (MIIT) China, kerajaan bandar Shanghai, Pusat Automobil Pintar Britain, Pusat Inovasi Tenaga dan Pengangkutan (iCET) Amerika Syarikat, Akademi Penyelidikan Sains Gunaan (TNO) Belanda dan Institut Penyelidikan Nomura (NRI) Jepun.

Deklarasi Shanghai tersebut menyeru kerjasama yang lebih rapat bagi mewujudkan sistem pengangkutan bersepadu berasaskan teknologi maklumat dan tenaga baharu yang selamat, selesa dan mudah, serta "tanpa pelepasan, tanpa kerugian dan tanpa halangan."

Satu platform umum akan dibina bagi mengendalikan penyelidikan dan pembangunan kenderaan pintar bagi mendorong inovasi sektor pengangkutan tersebut di seluruh dunia.

Naib Menteri MIIT, Xin Guobin berkata, China akan terus menyempurnakan dasar-dasar yang berkenaan untuk mewujudkan suasana yang kondusif kepada perkembangan sektor itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China