Cari:
Simposium Antarabangsa Isu Laut China Selatan
2017-11-08 15:48:21 CRI Cetak

Simposium antarabangsa yang bertema "meningkatkan kerjasama di Laut China Selatan, langkah baharu untuk memelihara keselamatan maritim" diadakan di Beijing semalam.

Kira-kira 80 orang pakar dan ketua kumpulan pemikir dari China, Malaysia, Indonesia, Singapura, Kemboja, Laos, Filipina dan Vietnam menyertai simposium ini, untuk berkongsi buah fikiran bagi memperkasakan kerjasama di Laut China Selatan.

Naib Pengarah Institut Strategik Antarabangsa China, Zhao Ning menyatakan, mewujudkan keselamatan, kestabilan, pembangunan dan kemakmuran merupakan hasrat bersama pelbagai pihak di Laut China Selatan. Meskipun berdepan dengan cabaran yang agak rumit, namun peluang kerjasama adalah jauh lebih besar.

Pakar dari Malaysia pula menyatakan, simposium kali ini akan meningkatkan rasa saling mempercayai serta kerjasama antara China dengan negara-negara ASEAN.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China