Cari:
China, AS Mahu Galakkan Hubungan Dua Hala
2017-11-09 16:34:15 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping ditemui rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat (AS), Donald Trump di Dewan Besar Rakyat di Beijing hari ini. Pemimpin kedua-dua negara bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu serantau dan antarabangsa yang menjadi perhatian bersama.

Mereka berpendapat bahawa hubungan China-AS mencapai kemajuan penting pada tahun ini. Hubungan antara kedua-dua negara berkaitan dengan kesejahteraan rakyat, bahkan keamanan, kestabilan dan kemakmuran dunia. Kerjasama satu-satunya pilihan yang betul, manakala situasi menang-menang membawa masa depan yang cerah.

Kedua-dua pemimpin bersetuju terus meningkatkan interaksi pada pelbagai peringkat dan melaksanakan mekanisme dialog peringkat tinggi, mempergiat kerjasama dalam bidang ekonomi dan perdagangan, ketenteraan, penguatkuasaan undang-undang dan sosiobudaya, selain meningkatkan penyelarasan dalam isu-isu penting serantau dan antarabangsa demi menggalakkan perkembangan hubungan dua hala.

Xi menegaskan bahawa hubungan China-AS berada pada titik permulaan baharu dalam sejarah. China akan terus mengamalkan prinsip saling menghormati, saling menguntungkan, mengutamakan kerjasama dan mengatasi perselisihan pendapat, agar memberikan lebih banyak manfaat kepada rakyat kedua-dua negara, bahkan seluruh dunia.

Trump pula berkata, kerjasama AS dengan China selaras dengan kepentingan asas kedua-dua negara dan kondusif kepada penyelesaian masalah-masalah utama di dunia pada masa ini. Pihaknya komited terus mengekalkan interaksi dengan Presiden Xi demi mengintensifkan hubungan dua hala dan merapatkan kerjasama dalam hal ehwal antarabangsa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China