Cari:
China, Rusia Intensifkan Komunikasi dan Kerjasama dalam APEC
2017-11-11 12:28:30 CRI Cetak

Perkongsian strategik komprehensif yang dijalinkan dan dibangunkan antara China dengan Rusia menjadi contoh terbaik bagi hubungan antarabangsa model baharu yang saling menghormati, saksama, adil dan menang-menang.

China bersedia bekerjasama dengan Rusia untuk memantapkan hubungan bilateral berkembang ke tahap lebih tinggi demi memelihara kedamaian dan kestabilan serantau bahkan dunia.

Presiden China, Xi Jinping menyatakan demikian ketika mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Rusia, Vladimir Putin di Da Nang, Vietnam pada 10 November lalu.

Xi menegaskan, kedua-dua negara patut terus mengintensifkan kerjasama bilateral dari segenap aspek, termasuk melaksanakan projek-projek utama dalam sektor sumber tenaga, pelaburan, teknologi tinggi, aeroangkasa dan infrastruktur, di samping memastikan penyelarasan pelaksanaan inisiatif "Jalur & Laluan" (B&R) dengan Kesatuan Ekonomi Eurasia (EaEU) dapat mencapai hasil yang substantif.

Tambah Xi lagi, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) merupakan mekanisme kerjasama ekonomi yang paling penting di rantau Asia-Pasifik. China bersedia bekerjasama dengan Rusia untuk meningkatkan komunikasi dan kerjasama dalam APEC, sekali gus menggalakkan pembinaan Kawasan Perdagangan Bebas Asia Pasifik (FTAAP).

Putin berkata, Rusia sentiasa mengutamakan perkongsian strategik komprehensif Rusia-China dalam dasar luarnya.

Pihaknya bersedia meningkatkan kerjasama dengan China dalam urusan serantau dan antarabangsa, koordinasi dalam pertubuhan multileteral, serta menggalakkan pembinaan FTAAP.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Periuk Besi Jadi Alat Muzik

• Padang Sesawi Saujana di Yili, Xinjiang
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China