Cari:
Xi: China akan Menempuh Jalan Pembangunan Baharu
2017-11-11 10:34:30 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping telah menyampaikan ucapan yang bertajuk, "mengambil peluang transformasi ekonomi dunia, mengejar pembangunan Asia Pasifik yang lebih besar" dalam Sidang Kemuncak Ketua-ketua Pegawai Eksekutif Kerjasama Ekonomi Asia Pasifi (APEC CEO Summit) yang diadakan di Da Nang, Vietnam petang semalam.

Ini kali pertama pemimpin tertinggi China menyampaikan ucapan di arena antarabangsa sesudah kongres kebangsaan ke-19 Parti Komunis China (PKC) berakhir. Ucapan tersebut membentangkan strategi dan inisiatif China bagi pembangunan rantau Asia Pasifik pada era baharu.

Beliau mengumumkan kepada dunia bahawa di bawah pimpinan PKC, rakyat China akan menempuh jalan pembangunan yang baharu.

Menurut Xi, China akan memperkasakan dasar pembaharuan dan inisiatif Jalur dan Laluan (B&R), mengamalkan dasar yang memudahkan perdagangan dan pelaburan bertaraf tinggi agar membina jaringan zon perdagangan bebas sejagat.

Beliau telah mengemukakan empat cadangan bagi meningkatkan kerjasama Asia-Pasifik. Pertama, terus membangunkan ekonomi terbuka untuk memberikan manfaat kepada semua pihak; Kedua, terus mengejarkan pertumbuan melalui inovasi dan meneroka penggerak baharu; Ketiga, terus meningkatkan kesalinghubungan untuk mewujudkan pembangunan yang saling hubung; Keempat, mengembangkan ekonomi yang lebih inklusif supaya memberikan manfaat kepada rakyat.

Beliau menggalakkan rakyat di rantau ini bekerjasama untuk membina hubungan yang saling percaya, inklusif, kerjasama dan menang-menang.

Lihat juga
berita lain
v Xi Jinping Bertemu Putin 2017-11-11 12:28:30
v APEC Bukan Wadah Sesuai Bincang Isu Sensitif 2015-11-11 18:04:15
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China