Majlis pelancaran Panduan Diagnosis dan Rawatan Diabetes Melalui Perubatan Tradisional China diadakan di Shenzhen, China hari ini. Pegawai dari Jabatan Pengawalan Perubatan Tradisional China, Yang Rongchen, Ketua Setiausaha Persatuan Perubatan Tradisional China Dunia, Sang Binsheng, serta tokoh-tokoh kalangan perubatan tradisional China menghadiri majlis pelancaran itu.
Yang Rongchen menyatakan bahawa sistem piawaian antarabangsa patut ditetapkan bagi pertukaran maklumat, kegiatan perubatan, latihan tenaga manusia serta penyelidikan sain berkaitan perubatan tradisional China. China sebagai tempat asalnya perubatan tradisional China, bukan sahaja patut memiawaikan ubat, tetapi juga perlu menetapkan piawaiannya.
Pakar perubatan tradisional China, Tong Xiaolin menjelaskan bahawa perubatan tradisional China mempunyai kelebihan dalam diagnosis dan rawatan diabetes.