Cari:
China Mahu Hubungan dengan Filipina Sihat, Stabil
2017-11-15 22:26:49 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang memulakan lawatan rasmi di Filipina hari ini selepas menghadiri persidangan kerjasama Asia Timur. Dalam pertemuan dengan Presiden Rodrigo Duterte petang tadi, Li menyampaikan salam daripada Presiden Xi Jinping kepada Duterte.

Beliau menyatakan bahawa kerjasama muhibah sentiasa menjadi keutamaan dalam hubungan China-Filipina, yang sudah terjalin sekian lama. Kini, hubungan kedua-dua negara semakin pulih selepas mengatasi kesukaran. China bersedia bersama-sama Filipina mengembangkan ikatan bilateral secara sihat dan stabil.

Li turut mengucapkan tahniah atas penganjuran persidangan kerjasama Asia Timur dengan jayanya. Beliau menegaskan bahawa ASEAN sentiasa diutamakan dalam dasar luar China dengan negara-negara sekitar, serta komitmen China untuk menggalakkan pembangunan dan kerjasama serantau. Filipina akan mengambil alih jawatan penyelaras hubungan China-ASEAN. China bersedia bergabung tenaga dengan Filipina untuk memperkasakan hubungan China-ASEAN, sekali gus menyumbang kepada kedamaian dan kestabilan serantau.

Duterte pula menyatakan bahawa lawatan PM Li ini adalah kunjungan pertama pemimpin negara China ke Filipina sejak sepuluh tahun lalu dan amat signifikan. China merupakan sahabat baik dan rakan kerjasama yang ikhlas bagi Filipina.

Beliau merakamkan ucapan terima kasih atas sokongan China terhadap usaha Filipina memajukan infrastruktur dan memelihara keamanan negara, sambil menyatakan syarikat China dialu-alukan melabur di Filipina. Filipina mahu menimba pengalaman China dalam pembangunan negara, di samping meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk prasarana, telekomunikasi dan pertanian.

Duterte menambah bahawa pihaknya bersedia memainkan peranan sebagai penyelaras hubungan China-ASEAN dengan baik demi perkembangan berterusan hubungan kedua-dua pihak.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China