Cari:
Seminar Teknologi HSR China-Singapura
2017-11-17 15:22:56 CRI Cetak

Teknologi dan pengalaman China dalam pembangunan kereta api laju (HSR) amat membantu bagi menjayakan projek HSR Singapura-Malaysia.

Demikian dinyatakan oleh Naib Pengerusi Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara (NDRC) China, Ning Jizhe dalam Seminar Teknologi HSR China-Singapura yang diadakan di Singapura hari ini.

Ning berkata, HSR China mempunyai kelebihan dari pelbagai aspek terutamanya teknologi, ciri-ciri keselamatan, kos dan keserasian.

HSR yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura dengan kelajuan maksimum 350 kilometer per jam, akan memendekkan masa perjalanan antara dua tempat itu kepada 90 minit selepas siap pada 2026.

Syarikat China menunjukkan minat untuk menyertai bidaan projek tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China