Cari:
Ekspo Pelancongan Antarabangsa China 2017
2017-11-18 14:01:19 CRI Cetak

Ekspo Pelancongan Antarabangsa China 2017 dirasmikan di Pusat Konvensyen dan Pameran Dianchi (DCEC), Kunming, provinsi Yunnan semalam.

Dengan kira-kira 3,700 ruang pameran seluas hampir 70 ribu meter persegi disediakan, ekspo kali ini menarik penyertaan pengusaha pelancongan dari lebih 70 buah negara dan wilayah termasuk Indonesia, Myanmar, Thailand, Jerman, Perancis, Denmark, Jepun, Korea Selatan, AS, Benin dan Gambia.

Selain industri pelancongan, pameran berkenaan turut melibatkan bidang pertanian, pendidikan, kreativiti budaya, Internet dan kesihatan.

Kerjasama dalam industri pelancongan kini semakin diperkasakan.

Inspektor dari Pejabat Promosi Pelancongan dan Kerjasama Antarabangsa, Jabatan Pentadbiran Pelancongan Negara China (CNTA), Zhang Xilong berkata, ekspo ini adalah satu aktiviti penting dalam diplomasi pelancongan untuk memaparkan keindahan China kepada dunia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China