Cari:
Mesyuarat Rundingan Perkongsian Ekonomi China-Jepun ke-12
2017-11-18 14:35:04 CRI Cetak

Mesyuarat peringkat naib menteri rundingan perkongsian ekonomi China-Jepun ke-12 berlangsung di Beijing semalam, dipengerusikan bersama oleh Naib Menteri Perdagangan China, Gao Yan dan Timbalan Menteri Luar Jepun, Yamazaki Kazuyuki.

Mesyuarat itu diadakan untuk melaksanakan konsensus yang dicapai pemimpin kedua-dua negara dalam sidang tidak rasmi pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pacific (APEC) dan pertemuan semasa Sidang Kemuncak Asia Timur.

Kedua-dua pihak bertukar-tukar pendapat tentang situasi ekonomi makro, kerjasama ekonomi dan perdagangan serta isu-isu lain serantau.

China dan Jepun, selaku entiti ekonomi kedua dan ketiga terbesar, mengekalkan perkembangan hubungan ekonomi yang stabil.

Dalam tempoh Januari hingga Oktober lalu, jumlah perdagangan antara China dan Jepun mencatat RMB1.67 trilion (RM1.05 trilion) , meningkat 14.2%, menduduki 7.4% jumlah keseluruhan import dan eksport China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China