Cari:
China Capai Kemajuan dalam Penggunaan Batu Arang secara Bersih
2017-11-20 13:37:08 CRI Cetak

Pengerusi Persatuan Industri Batu Arang China, Wang Xianzheng menyatakan bahawa dasar yang diamalkan serta pengalaman selama ini telah membolehkan China mencapai hasil memberangsangkan dalam penggunaan sumber tenaga tersebut secara bersih.

Dalam satu forum mengenai situasi semasa dan masa depan teknologi pembakaran secara bersih yang diadakan baru-baru ini, Wang memaklumkan bahawa teknologi jana kuasa pelepasan ultrarendah telah mendapat sokongan dari segi dasar dan sedang digalakkan penggunaannya di seluruh China.

Sementara itu, tahap penggunaan batu arang secara bersih dalam industri arang kok telah meningkat, manakala industri pembuatan simen di seluruh negara telah beralih kepada proses kering dan teknologi dandang menggunakan serbuk arang makin matang. Selain itu, kaedah menggunakan batu arang secara bersih di kawasan desa sudah diperkenalkan.

Para peserta forum itu bersependapat bahawa usaha menggalakkan penyelidikan teknologi dan mesin berkaitan pembakaran batu arang secara bersih, serta mendorong pembangunan terselaras antara sumber batu arang, tenaga alternatif dan tenaga boleh diperbaharui merupakan langkah yang penting bagi menjamin keselamatan tenaga negara dan kestabilan pembekalan serta mencegah pencemaran udara dengan berkesan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China