Cari:
Kutipan Jualan Tiket China Cecah RMB50 Bilion
2017-11-21 14:06:13 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Jumlah kutipan tahunan jualan tiket filem di seluruh China buat julung kalinya mencecah RMB50 bilion (kira-kira RM31.29 bilion) setakat 20 November lalu.

Demikian data statistik oleh Biro Filem Jabatan Pentadbiran Am Penerangan, Penerbitan dan Radio, Filem dan TV China (SAPPRFT).

Menurut anggaran biro tersebut, jumlah penonton filem di seluruh negara mencatat 1.448 bilion setakat pukul 6.57 petang semalam, iaitu meningkat 15% berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

39 daripada 78 buah filem yang mengaut kutipan lebih RMB100 juta (kira-kira RM62.59 juta) adalah filem buatan China yang dikeluarkan pada tahun ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China