Cari:
CCPIT Galakkan Kerjasama Ekonomi, Perdagangan China-Jepun
2017-11-21 14:11:32 CRI Cetak

Pengerusi Majlis Promosi Perdagangan Antarabangsa China (CCPIT), Jiang Zengwei semalam menyatakan bahawa ekonomi China dan Jepun dapat saling melengkapi dan prospek kerjasama amat cerah.

Kedua-dua pihak perlu berusaha menggalakkan kerjasama dalam bidang penjimatan tenaga dan perlindungan alam, meneroka industri perkhidmatan moden dan mempertingkat kerjasama inovasi untuk melonjakkan hubungan ekonomi dan perdagangan China-Jepun ke tahap baharu.

Dalam Mesyuarat Dialog Usahawan China-Jepun 2017 yang diadakan di Beijing semalam, Jiang menyatakan bahawa inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) yang sedang dijalankan dapat menjadi wahana baharu bagi China dan Jepun menjalin kerjasama saling menguntungkan demi pembangunan bersama.

China akan membangunkan ekonomi dengan tahap keterbukaan yang lebih tinggi dan melaksanakan dasar perdagangan dan pelaburan yang lebih bebas dan mudah. Pendekatan ini akan menyediakan pasaran dan peluang perniagaan kepada pelbagai negara lain termasuk Jepun.

Jiang mencadangkan agar China dan Jepun meningkatkan kerjasama dalam bidang tenaga alternatif, penjimatan tenaga dan perlindungan alam sekitar, serta industri kitar semula.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China