Cari:
Forum Kerjasama Kapasiti Antarabangsa 2017
2017-11-22 14:25:31 CRI Cetak

Forum Kerjasama Kapasiti Industri Antarabangsa 2017 yang juga Sidang Kerjasama Pelaburan Luar China ke-9 diadakan di Beijing semalam.

Hampir 3,000 wakil dari 116 negara dan kawasan mengadakan rundingan dan memberi cadangan bagi meningkatkan kerjasama kapasiti industri antarabangsa dan menggalalkan pembinaan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R).

Naib Ketua Setiausaha Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara (NDRC) China, Zhou Xiaofei menyatakan bahawa China giat menggalakkan kerjasama kapasiti industri antarabangsa dan menyokong syarikat tempatan melabur di luar negara.

Sekarang, China telah menandatangani kontrak berkenaan dengan 36 negara, menubuhkan mekanisme kerjasama pasaran ketiga antaranya dengan Perancis, Jerman dan Kanada, serta mengadakan kerjasama kapasiti industri pelbagai hala dengan pertubuhan antarabangsa seperti ASEAN, Kesatuan Afrika, Kesatuan Eropah dan lain-lain. Zhou menyatakan, kerjasama tersebut saling melengkapi dan saling menguntungkan.

Di samping itu, China terus membaiki suasana pelaburan dan menarik kemasukan modal asing. Setakat penghujung tahun lalu, China berjaya menarik modal asing sebanyak USD1.8 trilion (RM7.4 trilion), ketiga tertinggi di dunia untuk sembilan tahun berturut-turut.

Bekas Perdana Menteri Perancis, Jean-Pierre Raffarin menyeru masyarakat antarabangsa memberi fokus kepada negara Timur. Katanya, Inisiatif B&R, Bank Pelaburan Infrastrukur Asia (AIIB) dan Tabung Jalan Sutera yang dikemukakan oleh China amat diperlukan di arena antarabangsa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China