Cari:
Universiti China Teratas dalam Ranking Universiti BRICS
2017-11-23 11:51:33 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Universiti China menduduki tempat teratas dalam ranking universiti negara-negara BRICS yang dikeluarkan oleh Kumpulan Pendidikan Quacquarelli Symonds Britain pada 22 November lalu.

94 daripada 300 buah universiti yang tersenarai dalam ranking QS tersebut ialah universiti China.

Menurut ranking itu, universiti China memiliki status antarabangsa lebih tinggi dalam lingkungan akademia jika dibandingkan dengan universiti negara-negara BRICS yang lain.

Di samping itu, graduan dari universiti China mendapat pengiktirafan yang lebih tinggi daripada majikan.

Universiti Tsinghua menduduki tempat pertama dalam ranking tersebut selama lima tahun berturut-turut, diikuti Universiti Peking (PKU), Universiti Fudan dan Universiti Sains dan Teknologi China (USTC).

Tujuh daripada sepuluh universiti terbaik dalam ranking itu adalah universiti China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China