Cari:
China Hulur Bantuan kepada Pelarian di Iran
2017-11-27 12:56:23 CRI Cetak

Kedutaan Besar China di Iran bersama-sama Program Makanan Sedunia (WFP) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengumumkan hari Ahad bahawa program bantuan kerajaan China melalui WFP kepada pelarian di wilayah Iran telah memasuki fasa pelaksanaan. Dermaan sebanyak USD1 juta (RM4.1 juta) telah diperuntukkan.

Kaunselor Ekonomi Kedutaan Besar China ke Iran, Wu Peimin menyatakan bahawa pihaknya amat mementingkan dan giat terlibat dalam penyelesaian masalah pelarian.

Sebagai salah satu program dalam "Tabung Bantuan Kerjasama Selatan-Selatan", China berharap agar dermaan ini membantu menyelesaikan masalah kekurangan bahan makanan yang dialami pelarian Iraq dan Afghanistan di wilayah Iran.

Wakil WFP ke Iran merakamkan terima kasih atas bantuan China tersebut. Menurutnya, pihaknya akan membeli bahan makanan seperti tepung, beras, gula dan minyak seberat 1,200 tan. Bahan makanan ini akan diberikan kepada 30 ribu pelarian Iraq dan Afghanistan sebelum 31 Disember.

Menurut statistik, Iran telah menempatkan 3.6 juta pelarian sepanjang 30 tahun lalu. Kini masih terdapat 1 juta pelarian Iraq dan Afghanistan di negara itu, antaranya 30 ribu paling memerlukan bantuan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China