Cari:
China Bakal Buka Pintu Sektor Perkhidmatan Warga Emas
2017-11-28 14:40:48 CRI Cetak

Menurut laporan Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara (NDRC) China, populasi warga yang berusia lebih 60 tahun di negara ini telah mencecah 230 juta setakat tahun lalu. Jumlah ini dijangka meningkat hingga 480 juta menjelang pertengahan abad ini.

Seiring dengan populasi yang makin menua, China komited untuk memajukan sektor perkhidmatan berkaitan kebajikan warga emas, dan akan membuka pasaran tersebut kepada syarikat asing.

Sejak tahun 2011, kerajaan pusat China telah memperuntukkan lebih RMB20 bilion (RM13 bilion) bagi membangunkan sistem perkhidmatan untuk warga emas.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China