Cari:
Xi Ucap Tahniah atas Sidang PBB untuk Memperingati Rakyat Palestin
2017-11-30 12:32:49 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping telah mengirimkan perutusan tahniah kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) atas penganjuran persidangan bagi memperingati Hari Perpaduan Antarabangsa Bersama Rakyat Palestin, semalam.

Xi dalam perutusan tersebut menyatakan bahawa isu Palestin antara punca utama ketidaktenteraman di Asia Barat dan berkait rapat dengan keamanan dan kemakmuran jangka panjang seluruh rantau itu.

Penyelesaian isu berkenaan secara tuntas, adil dan seawal mungkin sesuai dengan kepentingan rakyat Palestin dan bermanfaat bagi kedamaian dan kestabilan dunia.

Xi berkata, China menyokong kedamaian antara Palestin dengan Israel, dan pernah mengemukakan empat cadangan bagi menggalakkan penyelesaian isu terbabit untuk menggalakkan kedua-dua pihak menjalin rasa saling mempercayai dalam aspek politik serta memulihkan proses rundingan damai.

Selaku anggota tetap Majlis Keselamatan PBB (UNSC), China bersedia bersama-sama dengan masyarakat antarabangsa untuk mewujudkan kedamaian yang berkekalan di Asia Barat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China