Cari:
Li Keqiang Tiba di Sochi
2017-12-01 14:56:43 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang tiba di lapangan terbang antarabangsa Sochi, Rusia pagi semalam untuk menghadiri sidang ke-15 majlis pemimpin Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO), atas jemputan rakan sejawatnya, Dmitry Medvedev.

Le Keqiang berkata, sejak ditubuhkan 16 tahun lalu, SCO telah menjadi platform penting bagi mengekalkan kedamaian dan kestabilan serta pembangunan dan kemakmuran serantau.

Beliau berharap semua anggota SCO dapat berusaha bersungguh-sungguh untuk mendorong kerjasama dalam bidang politik, keselamatan, ekonomi dan sosiobudaya.

Li yang menanti-nantikan pertemuan dengan Medvedev, melahirkan hasrat untuk memperkukuh momentum hubungan China dengan Rusia di bawah rangka kerja SCO.

Dalam tempoh di Sochi, PM Li akan membincangkan beberapa perjanjian kerjasama dengan para pemimpin lain, serta menghadiri aktiviti bertema sosiobudaya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China