Cari:
Gansu Perkenalkan Dasar Rebet Cukai untuk Pelancong Asing
2017-12-01 14:58:43 CRI Cetak

Dasar rebet cukai untuk pelancong asing mula dilaksanakan di provinsi Gansu, China pada 1 Disember ini.

Menurut pengumuman Kementerian Kewangan China, dengan pelaksanaan dasar ini, pelancong asing boleh membuat tuntutan rebet cukai nilai tambah (VAT) barangan sebanyak 11% di pelabuhan atau lapangan terbang tempat berlepas.

China kali pertama memperkenalkan dasar seumpama ini di provinsi Hainan pada 1 Januari 2011. Susulan penilaian pelaksanaan dasar itu, dasar serupa mula dilaksanakan di merata-rata negara pada tahun 2015.

Pelancong asing yang ingin membuat tuntutan rebet cukai perlu memenuhi beberapa syarat, termasuk jumlah setiap transaksi pembelian sekurang-kurangnya RMB500 (RM311).

Selain itu, barangan yang dibeli tidak boleh dibuka atau digunakan, dan tarikh pembelian tidak boleh melebihi 90 hari dari tarikh berlepas. Barangan berkenaan juga perlu dibawa sendiri oleh pelancong ketika meninggalkan China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China