Cari:
'Inisiatif Beijing' Diluluskan Dialog PKC dengan Parti-parit Politik Dunia
2017-12-03 17:00:22 CRI Cetak

Dialog Peringkat Tinggi Parti Komunis China (PKC) dengan Parti-parti Politik Dunia berakhir di Beijing hari ini. Menurut 'Inisiatif Beijing' yang diluluskan Dialog ini, parti-parti politik dikehendaki memupuk rasa saling mempercayai, merapatkan penyelarasan, mempergiat kerjasama, dan menjalinkan hubungan parti baharu yang mengejari persamaan tanpa mengira perselisihan, saling menghormati dan saling mempelajari, yang juga dilihat sebagai hubungan antarabangsa baharu, supaya bersama-sama menyumbangkan tenaga untuk mewujudkan komuniti berkongsi nasib umat manusia.

Inisiatif 'Mewujudkan komuniti berkongsi nasib umat manusia' yang memperoleh semakin banyak sokongan pada masa ini, dianjurkan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, Xi Jinping seawal tahun 2013.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China