Cari:
PBB Gesa Gencatan Senjata di Yaman
2017-12-04 14:33:21 CRI Cetak

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres dalam satu kenyataan menerusi jurucakapnya semalam, menggesa pihak-pihak yang berkonflik di Yaman melaksanakan gencatan senjata dengan segera.

Guterres melahirkan kebimbangan bahawa konflik yang berlaku di Yaman kebelakangan ini membawa kesengsaraan kepada rakyat.

Beliau menggesa pihak-pihak terlibat mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa, memudahkan bantuan kemanusiaan, melindungi keselamatan orang awam dan menyediakan rawatan kepada mangsa cedera.

Beliau turut menyeru semua pihak bekerjasama dengan PBB untuk memulihkan rundingan bersifat inklusif bagi mencari penyelesaian politik.

Pada 29 November lalu, konflik tercetus antara kumpulan bersenjata Houthi dengan puak yang menyokong mantan Presiden Ali Abdullah Saleh. Lebih seratus nyawa telah terkorban dan ratusan lagi cedera.

  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China