Cari:
China Lancar Kapal Kargo Pintar
2017-12-06 13:06:52 CRI Cetak

Kapal kargo pintar pertama dunia yang diselidik dan dibangunkan oleh China dilancarkan di Shanghai semalam.

Kapal kargo "Dazhi" sepanjang 179 meter, selebar 32 meter dengan muatan 38.8 ribu tan, dilengkapi sistem pintar yang mampu menganalisis maklumat dan merancang laluan.

Kapal itu akan digunakan untuk mengangkut batu arang dan garam dari China ke Australia dan negara-negara Asia Tenggara.

"Dazhi" merupakan kapal kargo pintar pertama yang memperoleh pengsijilan organisasi Lloyd's Register Britain dan organisasi serupa di China.

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China