Cari:
AIIB Danai Projek Pembersihan Udara Beijing
2017-12-11 14:52:23 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Bank Infrastruktur dan Pelaburan Asia (AIIB) hari ini mengumumkan bahawa bank itu akan menanam modal dalam projek-projek bertujuan mengekalkan udara bersih di Beijing, termasuk pembinaan jaringan talian paip gas asli.

Dimaklumkan, lembaga pengarah AIIB telah meluluskan pemberian pinjaman berjumlah USD250 juta (RM1.02 bilion) dalam projek pembinaan jaringan talian paip gas asli berkenaan, yang menyambung bekalan kepada sebanyak 216,750 buah keluarga dari kira-kira 510 buah perkampungan.

Presiden AIIB, Jin Liqun berkata, komitmen kerajaan China untuk mengurangkan kebergantungan pada batu arang akan menambah baik kualiti persekitaran dan kehidupan rakyat.

Beijing Gas Group Co. Ltd. terpilih sebagai pihak eksekutif bagi projek yang dijadualkan siap menjelang 2021 tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China