Cari:
China, Pelindung Globalisasi Ekonomi dan Mekanisme Perdagangan Berbilang Hala
2017-12-12 11:12:28 CRI Cetak

China sentiasa mempertahankan proses globalisasi ekonomi dan mekanisme perdagangan berbilang hala.

Demikian dinyatakan oleh Menteri Perdagangan China, Zhong Shan yang mengetuai delegasi China ke Persidangan Peringkat Menteri Ke-11 Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), dalam sidang pleno yang diadakan di Buenos Aires, ibu negara Argentina semalam.

Menurut beliau, inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) telah mendapat pujian dan respons positif dari lebih 140 negara dan lebih 80 pertubuhan antarabangsa.

Sebelum ini, Presiden China, Xi Jinping dalam Sidang Kemuncak Pemimpin Industri dan Perniagaan APEC di Danang, Vietnam menyatakan bahawa pasaran China akan terus diperluas. Sehubungan dengan itu, nilai produk import dijangka akan mencatat USD24 trilion (RM98 trilion) dalam tempoh 15 tahun akan datang, manakala jumlah pelaburan luar pula mencapai USD2 trilion (RM8.2 trilion).

Zhong Shan berkata, Ekspo Import Antarabangsa China pertama yang bakal diadakan di Shanghai November tahun depan merupakan tindakan hakiki China untuk mendorong globalisasi ekonomi dan pemudahan perdagangan. Ini juga langkah penting bagi China untuk terus membuka pasaran kepada dunia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China