Cari:
Pengalaman Tadbir Urus Alam Sekitar China Boleh Ditimba
2017-12-12 11:24:13 CRI Cetak

Dalam usaha memulihara alam sekitar dunia, teknologi dan pengalaman tadbir urus alam sekitar China boleh ditimba. Demikian dinyatakan Ketua Eksekutif Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNEP), Erik Solheim kepada wartawan semalam.

Beliau menganggap bahawa China negara membangun yang berkembang pesat, memiliki sistem ekonomi yang efisien serta mampu meneroka teknologi dan penyelesaian melibatkan tadbir urus atmosfera yang boleh dijadikan acuan kepada negara lain. Antaranya termasuk menggalakkan penggunaan pengangkutan awam seperti kereta api bawah tanah serta automobil elektrik dan basikal bagi mengurangkan pelepasan ekzos kenderaan.

Ketika membicarakan situasi ekologi China yang membimbangkan, Solheim menyarankan agar syarikat-syarikat menginovasi teknologi tadbir urus alam sekitar di samping mempelajari pengalaman negara lain.

Soheim menambah, UNEP menaruh harapan yang tinggi terhadap pembinaan tamadun ekologi di China dan berharap negara ini dapat mempromosi konsep itu kepada negara lain seiring dengan pembinaan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R).

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China