Kapal angkasa Soyuz MS-07 Rusia yang membawa tiga angkasawan berjaya dilancarkan dari tapak pelancaran Baikonur, Kazakhstan pada pukul 10.00 pagi kelmarin waktu Moscow.
Kapal tersebut kini dalam penerbangan ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) selepas berpisah dengan roket pembawa Soyuz-FG.
Menurut Kumpulan Aeroangkasa Rusia, tiga angkasawan terlibat ialah Anton Shkaplerov dari Rusia, Scott Tingle dari Amerika Syarikat (AS), dan Norishige Kanai dari Jepun.
Soyuz MS-07 dijadualkan bergabung secara automatik dengan ISS pada kira-kira pukul 11.00 pagi hari ini waktu Moscow.
Menurut jadual, ketiga-tiga angkasawan tersebut akan menjalankan lebih 300 eksperimen dalam tempoh 169 hari di ISS, bersama-sama tiga angkasawan yang sedia berada di stesen tersebut.