Cari:
Pembangunan Tenaga Bukan Fosil Paling Pesat
2017-12-27 14:53:37 CRI Cetak

Pembangunan tenaga bukan fosil di China pada tahun ini adalah paling pesat dalam sejarah. Pada masa yang sama, kebergantungan pada batu arang sebagai sumber tenaga menurun.

Demikian maklum Pengarah Jabatan Pentadbiran Tenaga Negara (NEA), Nur Bekri dalam persidangan kerja di Beijing semalam.

Pengeluaran tenaga China pada tahun ini mencatat 3.6 bilion tan batu arang setara (TCE), antaranya 17.6% tenaga bukan fosil, meningkat 6.4% berbanding tahun 2012.

Kapasiti penjanaan elektrik pula mencatat 1.77 bilion kilowatt, antaranya yang dijana tenaga bukan fosil 38.1%, naik 9.6% dalam tempoh sama.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China