Cari:
AS Umum Sekatan terhadap Dua Pegawai DPRK
2017-12-27 15:09:09 CRI Cetak

Jabatan Perbendaharaan AS semalam mengumumkan sekatan terhadap dua pegawai kanan kerajaan Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) yang didakwa terlibat dalam program pembangunan peluru berpandu balistik.

Harta kedua-dua pegawai itu di AS dibeku dan urus niaga warga AS dengan mereka dilarang.

Ketegangan di Semenanjung Korea makin memuncak tahun ini selepas DPRK terus melancarkan ujian nuklear dan beberapa peluru berpandu, sementara AS dan Korea Selatan memperhebat latihan ketenteraan bersama.

Kerajaan AS pimpinan Presiden Donald Trump mengamalkan strategi "tekanan maksima" bagi memaksa DPRK menghentikan program senjata nuklear, namun gagal berhasil setakat ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China