Cari:
AS, Rusia Bincang Isu Penting Antarabangsa
2017-12-28 12:37:11 CRI Cetak

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Rex Tillerson menghubungi Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov melalui telefon bagi membincangkan isu Ukraine, Syria dan Semenanjung Korea.

Menurut jurucakap Jabatan Negara AS, Heather Nauert, Tillerson melahirkan kebimbangan terhadap keganasan di timur Ukraine. Beliau meminta wakil Rusia kembali bertugas di pusat pemantauan dan penyelarasan bersama bagi isu gencatan senjata dan keselamatan sempadan.

Berhubung isu Syria, kedua-dua pihak menegaskan pentingnya konflik diselesaikan melalui rundingan damai.

Dalam isu Semenanjung Korea pula, AS dan Rusia bersetuju terus berusaha bagi mewujudkan matlamat semenanjung yang bebas senjata nuklear.

Pada 18 Disember lalu, Kementerian Luar Rusia mengumumkan bahawa wakil Rusia di pusat tersebut akan meninggalkan Ukraine sehari kemudian kerana tugas mereka terhalang ekoran Ukraine menentang sebarang dokumen dan peraturan pusat itu, serta mengehadkan kegiatan wakil Rusia di garis sempadan berkenaan.

Susulan itu, Kementerian Luar Ukraine membalas dengan kenyataan yang mengkritik tindakan sepihak Rusia menarik diri daripada pusat tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China