Cari:
China Hormat Keputusan Putin Bertanding Tahun Depan
2017-12-29 12:33:03 CRI Cetak

China menghormati keputusan Presiden Rusia, Vladimir Putin untuk bertanding sebagai calon bebas dalam pilihan raya presiden pada Mac tahun depan.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying dalam sidang akhbar semalam.

Menurut beliau, pilihan raya presiden adalah urusan dalaman Rusia.

Pada beberapa tahun kebelakangan ini, Rusia telah mencapai banyak kemajuan baharu dalam pembangunan negara di bawah pimpinan Presiden Putin.

Perkongsian Strategik Komprehensif China-Rusia juga memperlihatkan momentum positif yang kukuh, dan terus membuahkan hasil memuaskan.

Kata Hua, China sentiasa teguh menyokong usaha Rusia mewujudkan kestabilan dan pembangunan negara, dan yakin bahawa pilihan raya presiden Rusia tahun depan akan berjalan lancar.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China