Cari:
Lebih 65 Juta Peluang Kerja Baharu Dalam 5 Tahun
2017-12-29 12:42:48 CRI Cetak

Persidangan kerja kebajikan sosial dan sumber manusia China telah diadakan di Beijing semalam.

Menurut laporan persidangan kerja itu, sebanyak 65 juta peluang kerja baharu telah dicipta di bandar-bandar seluruh China dalam tempoh lima tahun di bawah pimpinan Jawatankuasa Pusat ke-18 Parti Komunis China (PKC).

Kadar pengangguran di bandar kekal rendah, dengan kadar pengambilan kerja bagi graduan institusi pengajian tinggi lebih 90%.

Menteri Kebajikan Sosial dan Sumber Manusia China, Yin Weimin berkata, dalam tempoh lima tahun tersebut, pembangunan modal profesional semakin mantap hingga melahirkan lebih 230 juta tenaga mahir dalam pelbagai bidang.

Pada masa yang sama, lebih 3 juta tenaga mahir dari seberang laut turut diundang untuk berkhidmat di China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China