Cari:
LRT Pusat Pentadbiran Baharu Bandar Beijing Beroperasi
2018-01-01 11:43:02 Agensi Berita Xinhua China Cetak
LRT(light Railway transit) yang menghubungkan pusat pentadbiran baharu bandar Beiijing dengan kawasan bahagian tengah dan barat bandar mula beroperasi secara rasmi pada 31 Disember lalu.

LRT 38.8 kilometer itu membolehkan perjalanan hanya 28 minit antara terminal Yamenkou di daerah Shijingshan di barat dengan terminal Tongzhou di timur, melalui lima stesen di sepanjang laluan.

Pembukaan LRT tersebut memudahkan perjalanan bagi pengulang-alik antara pusat bandar dan kawasan barat bandar dengan daerah Tongzhou yang merupakan pusat pentadbiran baharu bandar Beijing, terutamanya pada waktu puncak hari kerja.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China