Cari:
Guterres Sampaikan Perutusan Tahun Baharu 2018
2018-01-01 14:29:12 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menyampaikan salam ikhlas tahun baharu kepada rakyat seluruh dunia dalam ucapan Perutusan Tahun Baharu 2018 menerusi saluran video pada 1 Januari ini.

Guterres dalam Perutusan tersebut menegaskan bahawa rakyat pelbagai negara patutlah bersatu padu untuk menangani cabaran-cabaran yang sedang dihadapi seluruh dunia semasa ini.

Dalam perutusan itu, Guterres mengimbas kembali isu-isu serta krisis yang sedang mengancam kedamaian dan kestabilan masyarakat antarabangsa.

Beliau berkata, "saya memberi satu amaran kepada seluruh dunia berikutan konflik yang semakin meruncing, ancaman baharu yang tercetus, serta kebimbangan terhadap senjata nuklear dan perubahan iklim yang semakin buruk".

Guterres menggesa negara-negara di seluruh dunia bersatu padu untuk berusaha mencari jalan penyelesaian krisis, menghilangkan kebencian, selain mempertahankan nilai sesama insan, agar menjadikan dunia kita lebih selamat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China