Cari:
IOC akan Bincang Penyertaan DPRK dalam Sukan Olimpik Pyeongchang
2018-01-12 11:22:25 CRI Cetak

Mesyuarat empat pihak Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) akan diadakan di ibu pejabat IOC di Lausanne, Switzerland pada 20 Januari bagi membincangkan penyertaan kontinjen Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) dalam Sukan Olimpik Musik Sejuk di Pyeongchang, Korea Selatan.

Mesyuarat itu akan dipengerusikan oleh Presiden IOC, Thomas Bach dan turut dihadiri perwakilan Suruhanjaya Penganjuran Sukan Olimpik Pyeongchang, pegawai kanan dari DPRK dan Korea Selatan, perwakilan Jawatankuasa Olimpik kedua-dua negara, dan ahli IOC dari kedua-dua negara.

Walaupun tarikh akhir pendaftaran temasya sukan itu telah tamat, namun IOC menyatakan bahawa pihaknya akan melanjutkan tempoh pendaftaran supaya atlet DPRK dapat mengambil bahagian dalam temasya sukan global itu.

Menurut kenyataan bersama DPRK dengan Korea Selatan, DPRK akan menghantar kontinjen untuk menyertai Sukan Olimpik ke-23 di Pyeongchang bulan depan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China