Cari:
Jamuan Tahun Baharu untuk Wartawan Asing di Beijing
2018-01-13 15:22:47 CRI Cetak

Jamuan Tahun Baharu bagi media asing di China diadakan di Capital Museum, Beijing semalam.

Penolong Menteri Luar China, Qin Gang dalam jamuan itu menyatakan, tahun 2018 adalah ulang tahun ke-40 pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka. Pada era baharu ini, China bertanggungjawab dan berupaya untuk berkongsi peluang pembangunan dengan semua negara. China akan terus meningkatkan kerjasama persahabatan dan komunikasi, bersama-sama membina hubungan antarabangsa baharu yang saling menghormati, adil dan muafakat bestari, serta dunia yang damai, selamat, makmur, terbuka, inklusif dan bersih. Ini merupakan sasaran kerja diploma China, juga hasrat rakyat seluruh dunia.

Beliau berkata, media asing di China merupakan saksi pembangunan China dan juga penulis cerita China. China mengalukan-alukan media asing membuat liputan terhadap hal ehwal China secara adil dan objektif, bersama-sama menyaksikan perkembangan China serta sumbangan China kepada dunia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Periuk Besi Jadi Alat Muzik

• Padang Sesawi Saujana di Yili, Xinjiang
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China