Cari:
Inisiatif B&R Bawa Manfaat kepada Afrika
2018-01-14 15:01:47 CRI Cetak

Menteri Luar China, Wang Yi menemui Presiden Rwanda, Paul Kagame di Kigali semalam. Dalam sidang media selepas pertemuan itu, Wang Yi telah memberikan taklimat tentang Sidang Kemuncak Forum Kerjasama China-Afrika yang bakal diadakan tahun ini.

Wang berkata bahawa Forum Kerjasama China-Afrika merupakan platform yang penting bagi China dan negara-negara Afrika mengadakan dialog dan memperkasakan kerjasama menang-menang. Forum itu juga platform kerjasama Selatan-Selatan yang berskala paling besar dan paling berjaya di dunia. Presiden China, Xi Jinping dan presiden Afrika Selatan, negara pengerusi bersama pihak Afrika akan bersama-sama mengundang pemimpin pelbagai negara yang terlibat menyertai forum tahun ini.

Menurutnya, banyak negara Afrika memuji dan menyokong inisiatif Jalur dan Laluan (B&R) yang dikemukakan oleh Presiden Xi Jinping. China berharap inisiatif tersebut dapat meningkatkan hubungan kerjasama menang-menang dan hubungan rakan kerjasama strategi komprehensif China-Afrika ke tahap baharu.

外名

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China