Cari:
Xi, Trump Berbincang melalui Telefon
2018-01-16 16:15:10 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping menghubungi rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat (AS), Donald Trump melalui telefon hari ini.

Xi menyatakan bahawa hubungan antara China dengan AS terus berkembang stabil tahun lalu, sesuai dengan kepentingan bersama serta aspirasi masyarakat antarabangsa.

Trump pula menyatakan bahawa AS mementingkan hubungan dan kerjasama dengan China, dan mahu bersama-sama meningkatkan pertukaran di pelbagai peringkat, memperluas kerjasama pragmatik, menangani masalah-masalah yang muncul dalam perdagangan dua hala, demi perkembangan berterusan hubungan bilateral.

Berhubung isu Semenanjung Korea, Xi menyarankan agar semua pihak terlibat berusaha mengekalkan momentum positif yang membolehkan keadaan semakin reda pada masa ini, bagi membuka jalan kepada dialog.

Trump pula berkata, AS memandang berat peranan China dalam isu tersebut, dan bersedia terus meningkatkan komunikasi dan penyelarasan dengan China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China