Cari:
Pemikiran Perang Dingin Tidak Membantu
2018-01-18 11:41:26 CRI Cetak

Pihak-pihak yang menghadiri mesyuarat menteri luar berhubung isu nuklear Semenanjung Korea di Vancouver pada 16 Januari lalu, bersetuju mempertimbangkan tekanan lebih berat kepada Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK).

Mesyuarat sehari dipanggil Kanada dan AS itu juga komited memastikan sekatan sedia ada dilaksanakan sepenuhnya.

Menyentuh hal ini, jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang semalam berkata, tindakan AS dan Kanada yang memanggil mesyuarat itu berbaur pemikiran Perang Dingin yang boleh menjejaskan usaha masyarakat antarabangsa untuk menyelesaikan isu nuklear Semenanjung Korea dengan baik.

Kata beliau, kini Korea Selatan dan DPRK sedang memulihkan dialog secara beransur-ansur. Tindakan mengenakan sekatan semata-mata tidak akan membantu meredakan situasi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China